apa itu cinta ??
Friday, 13 January 2012 | 18:55 | 0 comments
dan semua orang pernah kecewa kerana cinta . saya seorang perempuan yang ingin di cintai sepenuh jiwa dan raga tapi itu hanya mimpi semata-mata kerana saya tidak pernah kenal erti cinta.Kadang-kadang saya buta,saya tidak tahu macam mana saya boleh bercinta dan macam mana saya boleh terima mereka sebagai boyfriend sedangkan saya hanya baru kenal mereka .Kadang-kadang saya rasa saya tidak bersedia untuk mencintai seseorang ataupun di cintai .Bila saya menerima mereka sebagai boyfriend saya .Kadang-kadang saya merasa menyesal bukan kerana mereka tidak cukup hensem atau apa-apa?? cuma bila mereka sudah mendapat girlfriend mereka mengabaikan seorang perempuan atau di gelar perasaan perempuan.Kadang-kadang saya rasa takut untuk bercinta kerana takut di lukai kerana saya sudah banyak kali di lukai.Bila saya fikir balik kan ?? kadang-kadang bodoh juga kerana bercinta pada waktu sekolah sebab boleh mengabaikan pelajaran di sekolah.Tetapi bila saya menengok orang bercinta,saya rasa sangat cemburu saya pun tak tahu kenapa saya cemburu ?? yalah semua manusia kan mempunyai perasaan yang sama tak ada siapa yang tak pernah cemburu semua orang pernah cemburu berbagai-bagai perasaan yang muncul di dalam hati .Kadang-kadang membuatkn kita rasa macam tak di sukai oleh khayalan ramai.Saya seorang perempuan yang ingin merasakn kebebasan walaupun hanya sehari dalam hidup saya pun sudah cukup =). ;
Labels: follow me ^_^ and have fun, saya ^_^